
pandangan orang lama(orang tua2 lah katakan) yang kebanyakan nya dan pencen yang rata rata dan relax dan banyak juga yang balik kampong, kadang kadang tu jumpa kawan kawan lama kat kedai kopi dan mula lah bercerita. Mula mula tu hal keluarga lah seperti biasa, lepas tu hal peribadi
dan lepas tu terbawalah pula hal keadaan negara,ha.. hal politik la tu.
Mula mula nya keluar lah ayat, hai bila lah agak nya orang melayu kita yang dalam dua parti melayu islam ni nak duduk semeja, setahun lepas ada juga desas desus pemimpin pas nak bincang tentang perpaduan melayu dengan umno, tapi berbagai masaalah pula yang timbul. Macam pendapat dari panglima panglima perang mereka akhir nya habok pun tarak sampai ka hari ini.
Ini lah saya pun dok angan angan juga, kalau lah kita ni bersatu padu, wah...alangkah kuat nya orang melayu kita, boleh duduk semeja berunding tentang perkara perkara yang bermenafaat untuk rakyat selain dari itu senyap lah sikit suara suara sumbang dari bangsa lain yang sudah nampak jelas makin hari makin besar kepala mereka di hanyutkan mimpi yang di buai oleh pemimpin besar mereka. Macam macam dah kita dengar permintaan tak menasabah mereka, nak jadi bumiputralah, kuil kuil,tokong, gereja mesti sama banyak lah dan berbagai bagai lagi lah
nak sebut pun banyak sangat.
Apakah kita di kalangan tokoh cerdik pandai melayu dudah ketandusan idea, tak tahu atau pun tak mahu berfikir untuk mencari jalan bagaimanakah untuk menyatupadukan umat melayu yang sudah sekian lama rindu kan kedamaian dan kestabilan di negara kita yang sekecil ini. Orang melayu ni jumlah nya berapa sangat, kalau di hitung kasar 60% dari 25 juta hanya lah 15 juta aje lebih kurang , susah sangat ka nak bersatu. Tolaklah sekejap kepentingan politik dan cuba fikir tentang persaudaraan sesama melayu dan islam. Alangkah indah nya sesama kita yang
dapat mengecapi kedamaian itu.
Biar lah si PKR itu bagai si luncai terjun dengan labu labu nya.......
No comments:
Post a Comment