Sunday, February 28, 2010

TAK ADA MODAL LAGI KE?


Sudah kehabisan modal agak nya DSAI, Pak Sheikh kita, Dalam Malaysia Insider hari ini beliau telah menuduh DS Najib dan Rosmah menyebabkan satu lagi MP dan mantan timb.Ketua Menteri P.Pinang Fairus keluar dari Pakatan. Nak tuduh tuduh ni cari lah dulu bahan bukti secukup nya sebelum melempar tuduhan kepada orang lain. Jangan lah tuduh melulu, kaji dan selidik dulu sebelum membuat kenyataan.

Semua nya kerana DS Najib, di bicara khalwat pun kerana PM Dato Seri Najib, kalah perbicaraan di Mahkamah pun kerana Dato Najib, apa nak jadi dengan C.I F.U.T seorang ni. Tak habis habis nak menuduh orang lain. Jaga lah parti tu baik baik kerana nampak nya PKR telah menuju kehancuran.Mana pergi nya panglima panglima perang DSAI dah tak ada tempat nak menyorok ka
atau baik dok diam aje tunggu dan lihat( wait and see)

MELAYU HANYA ADA UMNO DAN PAS


pandangan orang lama(orang tua2 lah katakan) yang kebanyakan nya dan pencen yang rata rata dan relax dan banyak juga yang balik kampong, kadang kadang tu jumpa kawan kawan lama kat kedai kopi dan mula lah bercerita. Mula mula tu hal keluarga lah seperti biasa, lepas tu hal peribadi
dan lepas tu terbawalah pula hal keadaan negara,ha.. hal politik la tu.

Mula mula nya keluar lah ayat, hai bila lah agak nya orang melayu kita yang dalam dua parti melayu islam ni nak duduk semeja, setahun lepas ada juga desas desus pemimpin pas nak bincang tentang perpaduan melayu dengan umno, tapi berbagai masaalah pula yang timbul. Macam pendapat dari panglima panglima perang mereka akhir nya habok pun tarak sampai ka hari ini.

Ini lah saya pun dok angan angan juga, kalau lah kita ni bersatu padu, wah...alangkah kuat nya orang melayu kita, boleh duduk semeja berunding tentang perkara perkara yang bermenafaat untuk rakyat selain dari itu senyap lah sikit suara suara sumbang dari bangsa lain yang sudah nampak jelas makin hari makin besar kepala mereka di hanyutkan mimpi yang di buai oleh pemimpin besar mereka. Macam macam dah kita dengar permintaan tak menasabah mereka, nak jadi bumiputralah, kuil kuil,tokong, gereja mesti sama banyak lah dan berbagai bagai lagi lah
nak sebut pun banyak sangat.

Apakah kita di kalangan tokoh cerdik pandai melayu dudah ketandusan idea, tak tahu atau pun tak mahu berfikir untuk mencari jalan bagaimanakah untuk menyatupadukan umat melayu yang sudah sekian lama rindu kan kedamaian dan kestabilan di negara kita yang sekecil ini. Orang melayu ni jumlah nya berapa sangat, kalau di hitung kasar 60% dari 25 juta hanya lah 15 juta aje lebih kurang , susah sangat ka nak bersatu. Tolaklah sekejap kepentingan politik dan cuba fikir tentang persaudaraan sesama melayu dan islam. Alangkah indah nya sesama kita yang
dapat mengecapi kedamaian itu.

Biar lah si PKR itu bagai si luncai terjun dengan labu labu nya.......

Friday, February 26, 2010

Cermin dulu


Alahai, sakit perut, bengkak dada, apabila membaca kenyataan penasihat ekonomi negeri Selangor
DSAI, annuar ibrahim menyatakan 'worse yet to come' bagi ekonomi Malaysia. YAB Perdana Menteri ada menyatakan ekonomi negara beransor ansor pulih walau dalam kadar perlahan, ini di bantu oleh kajian dari pelbagai institusi kewangan dan para penasihat ekonomi yang bertauliah.
Yang si sepolan bekas graduan sastra melayu ni nak bercakap tentang ekonomi ni, dia kaji dan buat analisa dengan cara mana. Penasihat yahudi mana?Dia tak ingat ke-pada zaman dia jadi TPM dan Menteri kewangan dulukalau di guna pakai nasihat nya mungkin negara kita dah tergadai pun kepada bank dunia.....adoi sakit jiwa.

Baik DSAI tumpukan kes dia di mahkamah lebih afthal, bagaimana lagi jalan nak menunda lagi kes
nya biar sampai 10 tahun pun tak habis.


Thursday, February 25, 2010

LEMBU LEMBU SUCI

Hari ini ingin saya imbas kembali kenyataan YB Dato Saberi Chik dalam ucapan nya di perhimpunan agong UMNO 2004, yang mana beliau menceritakan bagaimana semangat pemimpin
pemimpin melayu pada awal 70'an demi untuk meningkat kan ekonomi kaum bumiputra di masa itu.Bagaimana kita dapat merempoh masuk LSE ( London Stock Exhange ) dan dapat membeli balik syarikat syarikat gergasi seperti Sime Darby dan Guthrie. Di sini lah saya kira titik permulaan bagaimana usahawan usahawan Melayu telah mendapat peluang yang amat banyak ketika itu untuk menceburkan diri dalam stock market.

Saya ketika itu berumur sekitar 20'an dan masih mentah untuk memikirkan semua itu, tapi perasaan bangga tetap ada sebagai seorang anak melayu.Selepas itu kita telah banyak melihat kejayaan demi kejayaan yang telah di perolehi kaum Bumiputra dalam bidang keusahawanan dan
kerajaan ketika itu sedia memberi bantuan dalam apa sahaja bentuk bantuan bagi menjayakan dasar ekonomi baru (DEB) untuk mencapai 30% kek ekonomi khas untuk bumiputra.
Maka tumbuhlah syarikat syarikat gergasi kerajaan seperti Renong, UE,Peremba, Sime Darby ,
Guthrie dan lain2.Matalamat ini sebenarnya untuk membantu dan menolong usahawan usahawan kecil bumiputra melibat kan diri dalam pelbagai bidang baru seperti pembangunan infra-struktur, bidang petroleum, bidang perkhidmatan, bidang IT dan berbagai lagi lah.

Disinilah timbul nya lembu lembu suci sepertimana yang telah di kata kan oleh saudara Dato' Saberi. Sebenarnya lembu lembu suci inilah yang patut membantu kerajaan bagi mencapai maksud untuk mencapai 30% kek ekonomi tadi, tapi sayang seribu kali sayang rupa nya lembu lembu tadi sesuci mana pun. Mereka membolot dan bahagikan kekayaan ini atau kek tadi dengan geng2 nya sahaja, kalau tak kenal mereka sendiri atau pun anak beranak mereka jangan
harap la.

Yang saya heran nya walau lembu2 ini di bagi makan secukup cukupnya tapi akhirnya jatuh sakit jua akhir nya dan tak lama meninggal selepas itu.Tak payah lah saya sebut nama satu persatu nanti terasa hati, kerana orang kita ni cepat melenting, marah dan kecil hati.
Seharus nya kerajaan peka untuk mencari jalan atau buat post mortem kenapa lembu lembu suci ini gagal , tak cukup vitamin apa, atau orang yang menjaga nya tak menjaganya dengan betul, semua boleh jadi.

Wednesday, February 24, 2010

Sayang seribu kali sayang,melayu masih bertekak sesama sendiri oleh kerana fahaman politik
masing masing.Disini lah letaknya kelemahan orang kita ashik mengadu domba antara satu sama
lain, bangsa lain terus maju kehadapan bertungkus lumus mencari kekayaan dibumi kita tanpa
mempedulikan sangat hal politik tanah air. Sememang nya kita semua nya patut mengetahui serba
sedikit tentang politik tanah air tetapi jangan lah kita mempergadaikan maruah kita orang melayu.

Semenjak PR12 2008 setelah lima negeri di rebut dan di perintah oleh parti pembangkang maka bermula ribut politik tanah air 'Malaysia political Turbulance' di sini lah titik permulaan kancah budaya politik yang sungguh berlainan dan amat berbeza dengan gaya dan peradaban yang amat ketara kalau di bandingkan dengan zaman Tun Dr Mahathir dan sebelum nya, iaitu zaman tanpa internet. Zaman itu rakyat hanya di saji dengan media surat khabar sahaja dan tv.

Sememang nya kita tak boleh nafi, genarasi kini jauh lebih bijak memilih dan mencari bahan bahan yang sofistikated untuk di baca, bahan2 panas dan sensasi dan kerjaan BN harus peka agar dapat mengikut arus revolusi maklumat yang ada pada hari ini. Blogger blogger BN harus mengambil iktibar apa yang berlaku di sekitar mereka, sentiasa berwaspada untuk melawan unsur unsur negatif , fitnah dari blogger pakatan yang banyak di sajikan tanpa concrete evidence
( Bukti Jelas ) umpama nya Blogg RPK, ini boleh memesongkan pemikiran anak muda kita yang
membaca nya.

Blogger blogger BN harus terus melawan jangan tunggu dan lihat, jangan dia aje ashik menghentam kita tetapi kita relax aje berdiam diri, banyak issue issue penting yang di bentangkan tanpa evidence tapi jarang saya melihat 'instant response' dari blogger kita.

Bangun lah hai kawan kawan, berjuanglah demi nasib bangsa melayu, pertahankanlah maruah kita, PKR PAS,DAP tak kan dapat memerintah negara. Tanpa sokongan kita sebagai majoriti DAP tak kan kemana.