Wednesday, March 17, 2010

Cantas Mencantas


Tak habis habis orang melayu kita, perangai cantas mencantas , tendang menendang, fitnah-menfitnah, kata mengata, sindir menyindir tak akn hilang agak nya dari kehidupan seharian di kalangan orang melayu kita. Semenjak kejatuhan kerajaan melayu ka tangan Potugese di zaman pemerintahan sultan Mansor Shah lagi, mana tidak nya ada pembesar pembeasr melayu yang bersekongkol dengan orang orang portugese supaya dapat memasuki kota melaka dengan senang, ini untuk mendapat upah yang lumayan maka sanggup sepolan itu menggadai maruah bangsa demi kepentingan diri dan akhir nya roboh lah kota melaka yang di agong2kan pada masa itu.

Kenapa perkara perkara seperti itu terjadi, kerana janji janji manis yang di buat oleh musoh2 yang
ingin menakloki negri kita waktu itu, pelbagai cara , tipu-helah dan dakyah yang di mainkan mereka akhir nya kita melayu kecundang.Cuba lah kita ambil iktibar sedikit dari sejarah sejarah dahulu, elok juga kadang kadang kita renungkan agar perkara seperti itu tidak akan berulang lagi.

Kalau seseorang itu dah mabok dan gila kuasa maka orang ini tidak akan berfikir waras lagi, dia akan buat apa saja demi untuk mencapai m,atalamat nya, fitnah,tanam kebencian, tudu menuduh dan dan autar-belit segala apa yang untungkan diri nya maka kembang lah hidung nya, biarlah saudara yang di fitnah itu mendapat malu dan aib dahulu sebelum penyiasatan terperinci di buat atas sa suatu tuduhan itu, ini lah yang saya nampak apa yang pesat berlaku akhir akhir ini. Di sebabkan asakan demi asakan hari demi hari, belakang kapak pun kalau di asah akan menjadi tajam jua akhir nya. Walau perkara yang di fitnah itu tidak betul wal hal orang yang di fitnah itu tidak ada apa2 kesalahan pun, tapi sebagai manusia biasa was was itu tetap ada.

Mari lah kita fikir sama sama dan renungkan sama sama adakah untung negara kita kalau kita akan kuburkan masa deopan seseorang yang sangat berwibawa, amanah, jujur untuk memperjuangkan nasib bangsa tetapi rebah separuh jalan. Bangsa kita, orang melayu beragama islam, kalau sikap kasi dan sayang kepada sahabat itu wlau masa senang atau susah tapi terus berjuang mengembeling tenaga demi kejayaan agama dan bangsa yang kita kasihi,....renung renungkan lah.

Tuesday, March 16, 2010

Pembankang macam hilang arah


Seminggu dua ni kita terbaca macam2 issue dari blogger pembankang, isu isu yang dah basi dan memualkan, yang dia nak sangat panaskan isu Musa Hassan nak berhenti tu, apa ka faedah nya. Musa Hassan akan tetep berhenti apabila tempoh kontrak nya habis pada Sept nanti. Walau siapa pun pengganti penyanggak penyanggak undang ni tak kan lepas dari penjaga keamanan negara. Bicara Si Anwar Aljuburi ni akan terus di bicarakan dan yang mengacau ketenteraman awam akan di tangkap jua, tak kira lah bawah ISA ka bawah dharurat ka terima aje lah kalau dah buat salah tu.

Ini tangkap aje mereka dah heboh, tuduh kerajaan zalim la,macam2lah nak sedap mulut . Kalau tak bersalah apa nak di takutkan polis bukan nya macam gestapo german nak inaya orang tak tentu pasal.

Yang kelakar nya dalam blog DSAI menuduh pula DS Najib ada hubungan dengan Yahudi, kalau lah sakit hati sangat tunjuk lah gambar sekeping DS Najib dengan mana2 pemimpin Yahudi seperti gambar DSAI dengan Pemimpin2 yahudi itu ashik nak autar aje, putar dan belit tak habis habis. Cukup lah rakyat dah jemu dah, semua janji sebelum PR12 belum di tunaikan dan sekarang berduyun duyun wakil rakyat PKR keluar parti, ha... cari lah formula macam mana nak hentikan semua ini.

Sekarang Hindraf pula dah mula bersuara menyatakan PKR cakap saja bikin takda serupa, janji janji manis kepada kaum india yang miskin tegar, hanya janji tinggal janji sahaja, itu lah si Mutu ni pun mudah sangat percaya dengan janji janji manis mu.Cukup lah PR13 nanti PKR ada 1 kerusi aje yang tinggal, wal hasil balik asal.

Wednesday, March 10, 2010

Jatuh-Bangun nya BN



Hati saya rasa tercuit untuk memperbetul kan satu kenyataan dalam blog pembankang yang menyatakan melayu sudah hilang kuasa setelah pr12, melayu sudah hilang arah dan tujuan dan sehingga kini kata kata itu masih berbunyi, wahai saudara yang taksub sangat dengar anwar Aljuburi, anda tahu kah boss anda apabila dia pergi ceramah kekawasan melayu dia puji orang melayu, naikan semangat melayu, nak memperkayakan orang melayu, nak hapuskan perasuah perasuah melayu dan macam2 lagilah retorik anwar aljuburi ni. Bila pergi kawasan cina lambong cina, puji china dan janji macam2 kat china dan sama lah juga di kawasan india bukan main hebat putar belit si brother anwar kita sampai mual kiata mendengarnya, tak ubah macam si vaji the boss filem tamil.

Kalau orang cerdik ,bijak pandai dan berilmu lain pula pandangan nya. Sebenarnya kekalahan BN
di empat buah negri tu sebenar nya adalah negeri negeri yang ramai kaum china cuma negeri kedah. Pergi lah ka P.Pinang, Perak, Selangor apa yang anda nampak ini bukan nya anti china tapi sejarah. Kita sendiri dah tahu sejarah semenjak zaman British lagi kaum china,india mereka bawa masuk dengan ramai nya ka negeri2 ini untuk bekerja di berbagai sektor seperti perlombongan, ladang2 esatate, membina jalan kereta api dan yg lain nya berniaga lah di Bandar2.

Ini ada lah satu iktibar bagi BN untuk mencari formula baru dan untuk mengembalikan keyakinan masyarakat china dan india yang mereka sebenar nya tak ada banyak pilihan untuk memilih parti, Parti favorite mereka cuma DAP dan MCA saja lain lah kalau di kelantan china pun suka pas, saya pun tak tahu apa sebab nya.Orang2 BN sebenar nya tidak lagi dalam keadaaan selesa seperti sebelum ini dan tak boleh 'too complacent' dalam perjuangan
mereka. Bermula dari PR12 2008 itu lah sepatut jadi kayu pengukur atau 'guide line' yang harus di teroka dengan bijaksana dan rakyat sekarang bukan seperti rakyat dulu dulu yang boleh di cucuk hidung dan di bawa ka hulu ka hilir dan angguk sahaja apa saja yang di taji kerajaan semua nya ok. Generasi ini lah yang mesti di bentuk ka dalam acuan BN dan ramai anak anak muda generasi ini yang tak mendaftar sebagai penggundi pun. Mengikut bancian terkini ada 6 juta generasi generasi baru yang belum daftar sebagai pengundi, ha.... ini kena tanya orang atas la.

Dari sekarang lah SPR dan Kementerian penerangan harus membuat road show mereka, saya ada satu pendapat yang mana rancangan Jomheboh tv3 patut buat permulaan ok tak dan lepas tu sambong la pula ka tempat mereka lepak ramai seperti kompleks beli belah ka dan macam macam cara lagi lah.

Thursday, March 4, 2010

RETAK MENUNGGU BELAH


Nampak gaya nya PKR dah makin retak dan makin parah,kalau di teliti betul betul nampak gaya
orang lain yang akan ambil alih sebagai ketua pembankang,elok lah tu lagi pun DSAI kan sebok dengan kes mahkamah nya dan terbang kesana kemari menabur fitnah memburukan nama negara.Balasan tuhan tidak tunggu di akhirat sahaja di dunia pun dah nampak sikit demi sikit kemurkaan nya. Ini lah dikata kan hukum karma, kita telah melihat nya sendiri semenjak kes pertama lagi beliau meminta pertolongan dari semua lebai lebai malang untuk sembahyang hajat untuk nya supaya beliau lepas dari bala yang menimpa nya, tetapi Allah mengetahui segala nya.

Tetapi dari sudut politik saya bersetuju apa yang di nyatakan oleh saudara Dato' Mukhriz yang mana DSAI patut terus merajui parti pembankang, biar lah dia terus menerus menjadi ketua nya
sehingga pilihanraya ka13 nanti, bagi saya pembankang kena ada tukang karut( dikir barat) baru lah ada seri nya.Mungkin sebelumPH13 hanya tinggal DSAI, Wan Azizah dan , azmin sahaja di parlimen nanti.

Kita semua masih tertunggu tunggu siapakah tujuh orang lagi ahli MP PKR yang akan keluar parti itu dan ketika itu anwar akan memanggil semua baki ahli MP nya untuk mengangkat sumpah taat setia dengan serta merta dan lepas angkat sumpah sepuluh lagi akan ikut keluar parti. Ini lah agak2 nya yang akan terjadi, sama sama lah kita tunggu dan lihat. DSAI masih mengatakan ini adalah permainan umno yang membeli wakil2 rakyat mereka. Kita tanya DSAI ketika beliau nak tarik wakil wakil rakyat BN berjumlah 32 orang semua nya berapa banyak wang agak nya si anwar ni kena bayar, BN tak pernah pun kata yang anwar nak beli MP2 mereka.Bagi TGNA tok guru nik aziz pula semua nya halal kalau MP BN nak lompat parti tapi haram pula bagi MP PKR melompat parti. Ini lah politik PAS/PKR kalu untung mereka semua nya halal, kalau rugi oi.... semua nya haram.

Yang saya heran nya buat apa panggil 12 orang wakil MP mereka untuk mengangkat sumpah taat setia di pejabat PKR bukan sumpah macam saiful di masjid , tak payah lah rakyat dah bosan dengan semua adegan2 yang di lakonkan oleh wakil2 rakyat mereka.Kita semua nak tenggok tinggal berapa kerat saja nanti MP2 PKR di parlimen nanti .